Pageviews

Jumaat, 11 Jun 2021

SIRI PARA ANBIYA'

1 DZULQAEDAH 1442H
11 Jun 2021M

NABI JEHU.    

Nabi Jehu atau disebut Yehu merupakan salah seorg Nabi dari kalangan Kaum Bani Israil yg berasal dari suku Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim. 

Nama penuh beliau ialah Jehu bin Hanani bin Yunathan bin Shamaiah bin Mattaniah bin Mikhaiah bin Zakkur bin Asaph (Asif) bin Joel (Yu'il) bin Nabi Samuil bin Elkanah bin Jeroham bin Tohu (Toah) bin Elial bin Zuph bin Elkanah bin Mahath bin Amasai bin Elkanah bin Joel bin Azariah bin Zephaniah bin Tahath bin Assir bin Abiasaph bin Korah (Qarun) bin Izhar (Yishar) bin Qahith bin Nabi Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.

Beliau dikatakan lahir pada pertengahan zaman pemerintahan Raja Yerobeam dan diutus menjadi Nabi pada zaman pemerintahan Raja Baasha dan Raja Jehoshapat. 

Semenjak dari pemerintahan Raja Yerobeam, raja Kerajaan Israil, Kaum Bani Israil banyak melakukan perkara2 yg mungkar dan keji sehingga Allah Taala menurunkan bala dan seksa ke atas mereka. Selepas kemangkatan Raja Yerobeam akibat dibunuh oleh Baasha, Baasha pun mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah Kerajaan Israil. 

Sepanjang baginda memerintah, baginda banyak melakukan dosa2 besar seperti yg dilakukan oleh Raja Yerobeam sehingga Allah Taala murka ke atasnya. Raja Baasha merupakan seorg raja yg sangat zalim dan kejam dan barang siapa yg tidak mengikuti kemahuannya akan dibunuh. 

Sepanjang pemerintahannya, Kaum Bani Israil hidup dalam kesengsaraan dan terpaksa mengikut apa yg diperintahkan oleh baginda. Oleh yg demikian, Allah Taala pun mengutus seorg Nabi dari suku Lawi bagi memperingati Raja Baasha berserta kaumnya. 

Allah Taala pun menyampaikan wahyu kepada beliau melalui Malaikat Jibril. 

Firman Allah Taala: "Wahai Jehu! Sampaikanlah kepada Baasha pesan-Ku ini. Dahulu engkau bukan apa2, tetapi engkau sudah Kuangkat  menjadi pemimpin atas umat-Ku Israil. Sekarang engkau melakukan dosa seperti Yerobeam dan menyebabkan umat-Ku Israil berdosa sehingga membangkitkan kemarahan-Ku. Kerana itu, Aku akan melenyapkan engkau dan keluarga engkau sama seperti yg telah terjadi kepada Yerobeam". 

Setelah menerima wahyu tersebut, Nabi Jehu pun bertemu dengan Raja Baasha dan menyampaikan
segala wahyu yg diterimanya. Setelah mendengar ucapan Nabi Jehu, Raja Baasha pun murka lalu memerintahkan  para pengawalnya menangkap dan memenjarakan Nabi Jehu. 

Janji oleh Allah Taala tidak pernah silap. Akhirnya Raja Baasha mati dan digantikan oleh anaknya yg bernama Elah. Sementara itu, Nabi Jehu diseksa dan dipenjarakan seumur hidup hingga beliau wafat di dalam penjara. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan di Beit Shemesh, Israil.

Khamis, 10 Jun 2021

RAYA 30

30 SYAWAL 1442H
10 Jun 2021M

HARUS MENCERITAKAN KISAH ISRAILIYAT

SOALAN :

Apakah sebenarnya erti Israiliyat?

Sebenarnya boleh atau tidak kita ceritakan kisah dari Israiliyat ini sebab ramai yang mengatakan dilarang menceritakan kisah Israiliyat?

JAWAPAN :

Israiliyat artinya kisah-kisah yang berasal dari Bani Israil yang kebanyakkannya ialah orang yahudi.

Hati-hati kerana ramai yang salah dalam memberikan pengertian Israiliyat ini iaitu dikatanya Israiliyat ialah kisah-kisah dusta Bani Israil. 

Pengertian ini jauh menyimpang dari kebenaran dan tidak ada ulamak yang memberikan pengertian sedemikian rupa.

Hukum menceritakannya adalah diharuskan disisi syarak.

Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin Al-A’as r.a. sungguhnya Nabi saw telah bersabda :

بلِّغُوا عَنِّي ولَوْ آيَةً، وحَدِّثُوا عنْ بَنِي إسْرَائيل وَلا حَرجَ

Artinya : “Sampaikanlah kamu sekelian daripada aku walau pun sepotong ayat dan ceritakanlah kisah-kisah dari Bani Israil dan tiada menjadi kesalahan.” 

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan diriwayatkan juga oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a.

Jelas pada hadith ini Nabi saw membenarkan kita umat Islam menceritakan kisah yang berasal dari Israiliyat maka kerana itulah ulamak-ulamak muktabar sepakat atas mengharuskannya dan tidak melarangnya.

Berkata At-Tibi :

أنه أراد هنا التحديث بقصصهم نحو قتل أنفسهم لتوبتهم

Ertinya : “Sungguhnya yang dikehendaki disini ialah menceritakan segala kisah Israiliyat seperti kisah Bani Israil bertaubat dengan cara membunuh diri mereka.”

Dan keharusan menceritakan kisah Israiliyat ini tidak disyaratkan mempunyai sanad seperti disyaratkan pada hadith Nabi saw.

Berkata Imam Al-Khattabi :

معناه الرخصة في الحديث عنهم على معنى البلاغ، وإن لم يتحقق صحة ذلك بنقل الإسناد، وذلك لأنه أمر قد تعذر في أخبارهم لبعد المسافة وطول المدة، ووقوع الفترة بين زماني النبوة  

Ertinya : “Pengertian hadith ini ialah kebenaran pada menceritakan dari Israiliyat atas makna menyampaikan sekali pun tidak dapat disahkan dengan sanad yang sahih. Yang demikian itu adalah kerana perkara ini teruzur kisah-kisah mereka sebab jauhnya jarak dan masa yang sangat lama dan berlaku pula zaman tiada  bersyariat antara dua zaman nubuwwah.”

Tersebut pada Multaqa Tafsir :

وقد أجاز أهل العلم للمسلم أن ينقل كلامهم وأخبارهم الموجودة في كتبهم دون تقيد بالبحث عن صحة الإسناد، بل تحكى أخبارهم كما هي للعبرة والاتعاظ، إلا ما علم أنه كذب.

Ertinya : “Dan sungguhnya para ulamak telah mengharuskan bagi umat Islam mengambil dari perkataan Israiliyat dan kisah-kisah mereka yang ada di dalam kitab-kitab mereka tanpa dikaitkankan perbahasan dari sahihnya sanad bahkan diceritakan kisah-kisah mereka sebagaimana ia adalah untuk iktibar dan pengajaran kecuali kisah yang kita sudah tahu ia adalah dusta.”

Maka jelas bahawa kisah Israiliyat yang diharuskan kita ambil daripadanya itu ialah kisah-kisah yang tidak bersalahan dengan aqidah dan syariat Islam dan yang kita tidak tahu bahawa ia adalah dusta.

Telah berkata Imam Malik :

المراد جواز التحدث عنهم بما كان من أمر حسن، أما ما علم كذبه فلا

Ertinya : “Yang dikehendaki ialah harusnya menceritakan dari Israiliyat dengan kisah yang ada kebaikkan padanya. Ada pun kisah yang sudah diketahui dusta tidak diharuskan.” (Kitab Aunul Ma’bud)

Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar :

من المعلوم أن النبي صلى الله عليه وسلم لا يجيز التحدث بالكذب، فالمعنى: حدثوا عن بني إسرائيل بما لا تعلمون كذبه

Ertinya : “Dan setengah yang sudah maklum bahawa Nabi saw tidak mengharuskan menceritakan yang dusta maka jadilah maknanya hadith ini : Berceritalah kamu sekelian dari kisah Bani Israil itu dengan kisah yang kamu tahu ia bukan dusta.” (Kitab Fathul Baari)

Tersebut pada Syarah Riadhusolihin :

فإذا أخبروك بخير فلا بأس أن تحدث به بشرط أن لا يكون مخالفا لما جاء في شريعة الرسول صلى الله عليه وسلم فإن كان مخالفا له فإنه لا يجوز أن يحدث إلا إذا حدث به ليبين أنه باطل فلا حرج  : شرح رياض الصالحين

Ertinya : “Maka apabila Bani Israil menceritakan akan kamu satu kisah yang elok maka tidak mengapa bahawa kamu bercerita pula dengannya dengan syarat bahawa ia tidak menyalahi bagi apa yang datang pada syariat Nabi saw. Maka jika kisah Israiliyat itu menyalahi bagi syariat maka sungguhnya tiada harus menceritakan kisah tersebut kecuali kerana menyatakan bahawa kisah itu dusta maka tidak mengapa.”

KESIMPULAN :

Israiliyat artinya kisah yang berasal dari Bani Israil yang diceritakan di dalam kitab-kitab mereka atau disampaikan kisah itu kepada umat Islam.
Siapa yang mengertikan Israiliyat dengan ksiah dusta Bani Israil maka sungguhnya dia seorang yang jahil.

Kisah-kisah Israiliyat tidak disyaratkan mempunyai sanad atau sahih sanandnya seperti disyaratkan pada menyampaikan hadith Nabi saw.

Kisah Israiliyat yang diharuskan kita ambil dan menceritakannya pula ialah kisah-kisah yang tidak bersalahan dengan aqidah dan syariat Islam sama seperti cerita-cerita penglipur lara orang-orang melayu dimana yang elok boleh diceritakan dan yang bersalah dengan syarak tidak dibenarkan.

Nabi saw membenarkan kita mengambil kisah Israiliyat maka siapa yang melarangnya sungguhnya dia telah melakukan satu perbuatan yang batil.

Wallahu A’lam 

Sumber : FB UIA