Pageviews

Isnin, 27 Februari 2017

KEAJAIBAN 7...


30 Jamadil Awal 1438
27 Februari 2017

Sekadar perkongsian...

Kehidupan yang kita lalui sepanjang ini tidak pernah terlepas dengan nombor / angka. Plate kereta kita, motor kita, rumah kita, no henpon kita semua tidak terlepas dengan no... waima umur kita juga. setiap tahun umur kita akan meningkat...tahun ke tahun..

Pasti ianya adalah hikmah yang Allah simpankan. Buat yang ingin mengetahui & mencari sahaja akan dapat jawapan malah dapat menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan akhir zaman yang penuh dengan fitnah....

Secara sedar @ tidak...kehidupan kita ini berkisar dengan SIFIR 7.

7 x 1 = 7
Ketika umur kita 7 tahun,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam kita sentiasa ingin bermain. Kita belum kenal  dosa pahala dan kita belum terlintas untuk berfikir tentang masa hadapan.

7 x 2 = 14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Sentiasa protes, bangkang & ingin pandangan & suara kita didengari. Kita banyak memberontak dan kadang2 kita degil. Kita rasa kita yang selalu betul.

7 x 3 = 21
Meningkat kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh pada zaman sekolah menengah. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang hebat2, kita berasa cemburu. Mula terasa rugi kerana membiarkan peluang masa belajar dahulu dipersiakan.

7 x 4 = 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Mencari sumber kewangan untuk membina masa depan yang lebih senang.

7 x 5 = 35
Mula untuk membina keluarga. keinginan semakin bertambah...Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya. Ingin mencapai kepuasan dalam kehidupan..Ini bukannya lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yang genting. Kita terus berlumba untuk mengumpul harta selagi termampu.

7 x 6 = 42
Kita terpaksa akur tatkala memasuki fasa 4 series ini . Bahawa bila usia semakin meningkat, diri semakin lemah, kekuatan semakin berkurangan. Penyakit dah mula datang. tapi diri masih lagi terus bersemangat untuk mengumpul harta & mencari kepuasan dalam kehidupan.

7 x 7 = 49
Akhirnya kita mula sedar bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak lagi bermakna jika tahap kesihatan yang tidak mencapai tahap maksima. Pada masa ini penyakit semakin parah, darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain telah mula memikat kita. Masa inilah kita mula menyesali kerana terlalu sibuk dengan kerjaya & harta sehingga lupa untuk kitamenjalani kehidupan yang sihat....kena bersenam, jaga pemakanan, jaga kerehatan....

7 x 8 = 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita rasa sudah memiliki semua impian...segala yang kita kehendaki telah tercapai....akhirnya kita mula sedar sejkali lagi bahawa sekali lagi perkara yang sangat2 penting dalam kehidupan ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah besar & ada yang sudah berkahwin dan masing2 mempunyai kehidupannya sendiri. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna buat kita. Rumah hanya sekadar besar tapi kosong sunyi sepi.

7 x 9 = 63
Namun kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 6 series, kita kembali sedar bahawa kehidupan ini perlu dibekalkan dengan amal ibadat. Kerana ianya hanyalah perjalanan yang jauh & kita perlukan bekalan untuk kita bawa ke alam yang kekal abadi iaitu akhirat. Segala kemewahan dan kebendaan didunia ini tidak lagi bermakna buat kita. Jiwa sedikit demi sedikit kembali kepada fitrah.. Nak ke masjid, surau, kaki dah tak larat untuk melangkah. Diri dah mula lemah. Terbaring sahaja di rumah. Malaikat Izrail bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Kubur pula semakin melambai2 kepada kita.

Mujurlah Allah masih lagi membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon. Selagi nyawa masih dikandung badan. Bertaubatlah....Kembalilah kepada Allah & RasulNya...Berbuatlah kebaikan & istiqomah dalam perjuang ISLAM...

Kenapa ianya hanya berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita sebagai umat Nabi Muhammad saw diberikan umur hanya sekitar ini sahaja. Jika ada yang melangkaui umur tersebut, berkemungkinan dah nyanyuk, dah terlantar sakit, dah tak mampu beribadah dengan sempurna & ianya hanyalah bonus...untuk kita sentiasa, terus memohon keampunan daripada Allah A'zza Wajalla.

Demikianlah kitaran kehidupan kita. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa & dewasa akan menjadi tua dan akhirnya akan melangkah ke usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan.

Allah berfirman :

"Demi Masa....Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian....Kecuali orang2 yang beriman & mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran...."

Perlu diingat.... Berapa ramaikah yang hanya setakat sifir 1 & setakat pertengahan sifir sahaja. Ajal maut tidak menjemput kita pada usia tua sahaja...

Jadi...buat kenalan yang mengenali diri ini & yang sudi singgah membaca blog saya ni...INGATLAH!!!

■ Hidup kita ni hanya sementara. Kejarlah akhirat sebelum kita tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. carilah bekalan didunia untuk kesenangan kita di akhirat kelak.

■ Umur yang kita kecapi hari ini adalah anugerah dari Allah semata2. Kita insan yang terpilih untuk lahir ke dunia ini dari berjuta2 sperma yang lain.  

■ Hargailah masa dengan mengingati Allah. Carilah kuliah2 @ majlis2 ilmu untuk bekalan kita dalam menjalani ibadah. Jangan jadikan ibdah kita hanya ikut2...Setiap amalan perlu degan ilmu... Walau ditangga mana pun kita sekarang, janganlah menangguhkan amal kebaikan kerana ajal  maut itu misteri buat kita. Jika ia datang, pasti tidak akan cepat @pun lewat sesaat.


Khamis, 16 Februari 2017

1438H - 2017M.. Setahun lagi

Alhamdulillah...


Telah sekian lama tidak beraksi di blog ni.. Allah masih memberikan peluang pada diri untuk bertaubat & tak dinafikan diri masih lemah untuk istiqomah.. Moga Allah sentiasa menjaga diri hamba yang semakin tua..


Tahun 2016 telah memberikan nafas baru dalam kehidupan hamba. Di amanahkan untuk mengurus tadbir Masjid Seksyen 7 Shah Alam. Perjuangan dakwah harus diteruskan. Perjalanan masih lagi jauh selagi sisa nafas masih lagi dikurniakan oleh Allah. Mungkin ianya rezeki dari anak-anak, doa isteri atau doa dari kenalan yang mengenali diri hamba..

Mohon doa dari sahabat, rakan & teman semua agar diri diberikan kekuatan dalam membangunkan rumah Allah ini.

Tanggal 13 Februari 2017 yang lalu, genaplah usia hamba 39 tahun mengikut kalendar gregorian.. Tapi jika mengikut TAQWIM HIJRAH, diri hamba telah memasuki 4 series. Jadi bagi tahun 1438H & 2017 telah bermula fasa baru bagi hamba yang baru nak meniti kehidupan dunia ini. Kadang kala diri ini tewas untuk mengabdikan diri pada Pencipta. Kadang kala diri lalai & leka dalam urusan duniawi. Allah teruskan mengetuk diri hamba agar sentiasa mengingati tujuan sebenar kehidupan ini.



Tahun 2016 juga telah memberikan keceriaan dalam kehidupan kami sekeluarga dengan kehadiran baby baru.. Disaat Nisf Sannah 29 Jamadil Akhir 1437 / 8 April 2016, hari yang penuh barakah, hari Jumaat.. Dia keluar memberikan kami kegembiraan buat kali ke3.. Muhammad Al-Fatih. Moga menjadi anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapa..