Pageviews

Isnin, 12 November 2012

Rawatan Jarak Jauh - Istimewa Tahun 1434H

27 Dzulhijjah 1433.

Sempena Awal Muharam 1434, Dr. aka Master Hazil & Master Ismi berhasrat akan melakukan Rawatan Jarak Jauh Khas (Special Distance Healing) untuk merawat :-
  • Energy Qalbun Salim - Penyembuhan & Pemantapan maqam Qalbu.
  •  Energy Nur Qaseh Insyirah - Merawat & memulihkan energy Perhubungan.
  • Energy Nur Salam - Memulihkan Kesihatan diri.
  • Energy Rezeki QS - Melancarkan & memudahkan Rezeki.
Peluang untuk 'dipertenagakan' telah tiba. Jadikan tahun 1434H ini sebagai tahun yang dapat menjanakan kembali tenaga anda yang semakin 'susut'.

Rawatan Jarak Jauh ini juga akan dilakukan pada hari-hari yang istimewa seperti Hari Asyura, Gerhana Matahari & Bulan, Isra' Mikraj, Nisfu Sya'ban, Nuzul Quran & banyak lagi.

Bagi yang berminat, Fidyahnya cuma rm99 bagi setiap sesi. Tarikh tutup pada 9 Muharam 1434 jam 1600. Masukkan ke dalam akaun Innergy Quest, Maybank : 512101410391. Maklumkan nama penuh, t.lahir & jumlah jika PEMBAYARAN telah dibuat. Hubungi Master Ismi di talian 017-300 2349 untuk maklumat lanjut.

Khamis, 8 November 2012

Muhasabah Diri

Majlis ilmu adalah antara taman-taman Syurga. Moga anda semua tidak ketinggalan. Masanya semakin hampir.. Jemput datang beramai-ramai bagi mengimarahkannya.

Kisah 2 Tembikar..

Alkisah dua tembikar air….

Siti, seorang nenek baru membeli sebuah tembikar air yang baru. Tembikar lama yang ada sudah sedikit retak.

Setiap hari memikul dua tembikar di atas bahunya menggunakan sebatang kayu yang panjang berulang-alik ke sungai setiap hari untuk mengambil air setiap hari menggunakan dua tembikar tersebut.


Tembikar di sebelah kiri ialah yang baru. Tembikar di sebelah kanan adalah yang lama

Oleh yang demikian, setiap kati pulang ke rumah, tembikar naru, airnya masih penuh, manakala air di tembikar kedua, airnya hanya tinggal separuh.

Tembikar baru amat berpuas hati dengan prestasinya setiap hari dan menyindir tembikar lama menyusahkan Siti yang bersusah-payah membawa kembali air tapi hanya tinggal separuh.

Tembikar lama itu merasakan diri amat tidak berguna dan hanya berfungsi separuh saja dan menyusah Siti.

Perkara ini berterusan untuk sekian masa…

Tembikar lama tidak tahan lagi lalu bercakap kepada Siti.

“Maafkan saya selama ini menyusahkan Siti. Saya berasa amat malu dengan keretakan saya menyebabkan air tumpah separuh sepanjang perjalanan ke rumah Siti.”

Siti memberitahu tembikar lama itu – “Perasan tak selama ini, hanya jalan di sebelah kanan ada bunga tapi tidak di sebelah kiri. Ini kerana Siti dah lama tahu keretakan awak, jadi saya tanamkan biji-biji bunga di sebelah kanan perjalanan pulang dari sungai.

Setiap hari, awak yang menyiram bunga itu. Tanpa kamu selama ini, manalah Siti dapat bunga-bunga untuk membuat hiasan di rumah.”

Tembikar baru terasa malu mendengan penjelasan Siti… dan terasa walaupun ia sempurna, tapi sumbangannya tidak seberapa tembikar lama yang menggembirakan Siti dan juga memberikan kehidupan kepada bunga-bunga di sepanjang jalan.

“Saya selama ini ingat disebabkan saya sempurna, maka tiada semak-samun mahupun apa-apa di belah kiri perjalanan balik ke rumah kerana Siti takut saya tercalar. Rupa-rupanya tidak…”

Dapat isi tersirat?

Ingatlah dalam jemaah, setiap orang adalah unik dan setiap orang ada tempat dan tugas yang boleh diagihkan mengikut kesesuaian masing-masing. Jangan angkuh dan jangan merasakan diri lebih penting atau lebih besar daripada sesiapa dalam jemaah – semua sama penting, semua berperanan sama mustahak – yang paling diperlukan ialah kesudian berkorban untuk jemaah bukan setakat menyumbang…

-Senyum :)
(kredit dari Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man)

Rabu, 7 November 2012

Malam Mencari HIJRAH


Bagi yang berdekatan & bekelapangan. Ingin melakukan penghijrahan.. Tempah tempat anda sekarang.

Kisah Hijrah RASULULLAH SAW

1434H... Ianya semakin hampir.

22 DzulQaedah 1433.

Kini Dzulqaedah sudah hampir ke penghujungnya. Selesai sudah ibadah haji bagi mereka-mereka yang dijemput olehNYA untuk ke Baitullah. Moga mereka mendapat haji yang mabrur & diampunkan dosa-dosa kita semua.

Kita kian menuju ke penghujung tahun 1433H. Masih sedarkah kita? Yang diri masih lagi di takuk yang lama. Masih lagi tidak berubah. Tidak nampak akan halatuju akan kehidupan yang masih lagi panjang (jika umur masih lagi panjang)

Diri masih lagi tidak HIJRAH.. Diri masih lagi membatu.. Jumud.. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:  

“Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah.” - (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

Firman Allah Taala dalam surah al-Anfal ayat ke 74:

“Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia”.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Tidak ada hijrah selepas Fathul (pembukaan) kota Makkah, melainkan hijrah dengan jihad & niat." - (Hadis riwayat al-Bukhari)

Berubahlah, ber HIJRAH lah dari yang baik kepada yang lebih baik. Moga dengan kehadiran tahun baru HIJRAH ini dapat memangkinkan kita menjadi hamba yang lebih menghayati akan perjalanan hijrah itu sendiri.