Pageviews

Selasa, 29 Ogos 2017

KEUTAMAAN PUASA AROFAH

7 Dzulhijjah 1438H
29 Ogos 2017M

Oleh : Buya Yahya (Pengasuh LPD Al-Bahjah Cirebon)

Sebentar lagi kita akan memasuki hari agung dan mulia yaitu Hari Arofah. Hari yang dipilih oleh Allah sebagai hari yang penuh dengan amalan-amalan ibadah di dalamnya. Bagi orang yang haji mereka melakukan wukuf di Padang Arofah dan bagi yang diluar atau bagi orang yang tidak melaksanakan ibadah haji disunnahkan untuk melakukan puasa di Hari Arofah. Secara umum di sepuluh awal Dzulhijjah disunnahkan kita untuk meningkatkan amalan-amalan yang sunnah yang biasa dilakukan di hari-hari yang lain. Lebih khusus lagi di Hari Arofah yaitu hari ke-9 Dzulhijjah.

Dalam hadits yang diriwayatkan Imam Abu Daud Rasulullah saw bersabda :

عن ابن عباس -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام) -يعني أيام العشر- قالوا: يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: (ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء)>
 رواه أبو داود (2438) والترمذي (757)

Diriwayatkan oleh Abu Daud , dari Ibnu 'Abbas bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : “ Tidak ada hari untuk beramal shalih yang lebih dicintai oleh Allah melebihi dari pada hari-hari ini (Sepuluh hari awal dari  bulan Dzulhijjah). Mereka bertanya : Ya Rasulullah, pakah jihad fi sabilillah tidak bias menyamainya? Beliau menjawab : Jihad fi sabilillah tidak bias menyamainya, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun".

Berpuasa adalah sebaik-baik amalan yang bisa dilakukan seorang hamba. Maka hendaknya kita rajin berpuasa di hari-hari seperti itu kemudian puncaknya adalah di hari arofah yang Nabi saw menyebutkan dalam hadits yang diriwayatkan imam muslim :

صيام يوم عرفه أحتسب على الله أنه يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده ) رواه مسلم(

“ Aku berharap kepada Allah semoga dengan Puasa Arofah Allah akan mengampuni dosa yang lalu dan dosa yang akan datang. “

Ini menunjukkan begitu pentingnya dan agungnya hari arofah. Disamping pahalanya besar akan tetapi juga menjadi sebab dosa kita diampuni oleh Allah SWT.

Kemudian yang harus kita ketahui juga bahwasanya, puasa arofah ini disunahkan bagi orang  yang tidak melaksanakan ibadah haji. Adapun bagi orang yang melaksanakan ibadah haji disunnahkan bagi mereka dianjurkan dan dihimbau untuk memperbanyak dzikir memohon kepada Allah SWT di arofah kemudian bagi siapapun baik yang berada dipadang arofah atau  yang diluar padang Arofah selain berpuasa hendaknya di hari arofah ini memperbanyak bersedekah, silaturrahmi terlebih lagi berdzikir kepada Allah SWT.  Seperti disebutkan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal :

روى أحمد عن ابن عمر مرفوعاً  :ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب إليه من العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد.

“Tidak ada hari yang lebih agung di hadapan Allah dan lebih dicintai oleh Allah melebihi dari pada hari-hari 10 awal dzulhijjah ini. Maka perbanyaklah di hari-hari tersebut dari takbir , tahlil dan tahmid”

Dzikir tersebut yang selama ini kita kenal dengan takbir  :

اَللهُ أَكْبَرُ - اَللهُ أَكْبَرُ - اَللهُ أَكْبَرُ - اَللهُ أَكْبَرُ - اَللهُ أَكْبَرُ - اَللهُ أَكْبَرُ - اَللهُ أَكْبَرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللهُ أَكْبَرُ  وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Bagi orang yang ingin berpuasa di Hari Arofah atau di hari selainnya bagi yang masih hutang. Disini banyak Ulama berbeda pendapat. Menurut Imam Abu Hanifah bagi orang yang mempunyai utang yang utangnya adalah karena udzur seperti sakit, berpergian atau udzur-udzur yang menjadikan dia boleh berbuka puasa kemudian dia memasuki hari yang disunnahkan untuk berpuasa seperti hari arofah. Menurut madzhab imam abu hanifah orang tersebut tetap disunnahkan berpuasa dan tidak ada makruh sama sekali.

  Adapun menurut madzhab Imam Malik dan Imam Syafi’i bagi orang yang masih mempunyai hutang kemudian dia berpuasa sunnah maka hukumnya makruh. Hendaknya didahulukan membayar hutang puasa wajibnya terlebih dahulu sebelum berpuasa sunnah.

 Akan tetapi disitu juga dijelaskan oleh para ulama madzhab Syafi’i yaitu di saat kita  membayar  hutang puasa wajib, cukup dengan niat puasa wajib saja disaat seperti itu Allah akan memberikan kita pahala sunnah juga. Itulah kemuran dari Allah SWT akan tetapi dengan catatan tidak boleh digabungkan niat antara puasa sunnah dengan niat puasa wajib untuk mengqodho’  tadi, akan tetapi cukup dengan niat fardhu maka pahala sunnah akan didapat. Jika menggabungkan niat puasa sunnah dengan niat hutang puasa wajib puasanya menjadi tidak sah.

Jika menggabungkan puasa sunnah dengan puasa sunnah hal itu diperbolehkan dan mendapatkan pahala sesuai yang diniatkan. Misalnya puasa Arofah bertepatan hari Senen lalu kita menggabung Puasa Senen dan Arafoh maka kita akan mendapatkan pahala dua-duanya . Adapun cara niat berpuasa Arofah adalah cukup kita melintaskan di hati “Aku berpuasa arofah” itu sudah sah dan lebih baik lagi jika dikuatkan dengan lisan kita. Mari di 10 awal Dzulhijjah ini khususnya 9 Dzulhijjah kita berlomba-lomba melakukan kebaikan dengan segala bentuk kebaikan. Wallahu A’lam Bisshowab.

Sabtu, 26 Ogos 2017

FAHAMILAH ILMU TERSEBUT...

Adakah 4 Mazhab itu Menyusahkan?

Telah hadir seorang hamba Allah kepada Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi dan berkata ia, "Banyak pendapat ulama ni, menyusahkan dih..banyak mazhab ni, menyusahkan dih.."

Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi menjawab, "Kenapa kamu tak salahkan Allah (Subhanahu wata'ala) terus? atau pun tak salahkan Rasulullah (Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam) terus?"

Terkejut dia mendengar jawapan Tuan Guru itu, dan berkata, "Mengapa Tuan kata begitu?"

Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi menjawab, "Para Imam Mazhab, para ulama ni bukan suka-suka nak berbeza pendapat, tetapi mereka hanya menyatakan sesuatu hukum yg di perintah oleh Allah Subhanahu wata'ala daripada ayat al-Quran.

ada ayat al-Quran itu, Allah Subhanahu wata'ala datangi ia dengan kalimah bahasa Arab yang apabila di terjemahkan keluar lebih daripada satu makna, seperti ;

firman Allah Subhanahu waTa'ala :

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلاَثَةَ قُرُوَءٍ

"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (iaitu dalam iddah) selama tiga qurru."

Daripada kalimah ثَلاَثَةَ قُرُوَءٍ ini, Imam Syafie dan Imam Hanafi telah berbeza dalam menafsirkannya, Imam Syafie menafsirkannya dengan makna "3 kali suci", manakala Imam Hanafi menafsirkanya dengan makna "3 kali haid"..

Apabila di tafsirkanya berbeza, maka hukumnya berbeza..

3 kali suci maknanya ;

haid datang : tak kira,
suci dari haid : 1 qurru,
haid datang : tak kira,
suci dari haid : 2 qurru,
haid datang : tak kira,
suci dari haid : 3 qurru,

Ini pendapat Imam Syafie dalam menafsirkan ia dengan makna 3 kali suci, barulah seseorang wanita itu habis iddahnya..

Ada pun Imam Hanafi pula ;

haid datang : 1 qurru,
suci dari haid : tak kira,
haid datang : 2 qurru,
suci dari haid : tak kira,
haid datang : 3 qurru.

Apabila makna ini berbeza bagi Imam Syafie dan Imam Hanafi, maka daripada makna berbeza ini keluar daripadanya 8 hukum hanya berkisah tentang ini sahaja..

Maka kamu nak salah kat siapa sekarang ini? Kamu nak salahkan Imam Syafie dan Imam Hanafi yang menafsir berbeza ke? kenapa tak salahkan Allah yang datangkan ayat al-Quran dengan kalimah bahasa Arab yang memberi makna lebih daripada satu? Kalau Allah datangkan ayat al-Quran dengan maknanya satu sahaja, jelas maknanya, maka tak berbezalah pendapat banyak ni, jadi kenapa tak salahkan Allah??"

Terdiam pucat lelaki itu..

Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi menyambung, "Kamu salahkan para Imam Mazhab kerana banyak pendapat tentang sesuatu hukum, kamu katakan mereka menyusahkan, kenapa kamu tak salahkan juga Rasulullah (Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam)?

Ada perbuatan yang Rasulullah buat, tetapi kemudian Rasulullah larang..ada perbuatan yang Rasulullah larang, tetapi kemudian Rasulullah buat..ada perbuatan yang para sahabat buat dan Rasulullah tak pernah lakukannya, tetapi Rasulullah tak larang dan tak suruh..dan lain-lain lagi..

Jadi daripada perbuatan Rasulullah (Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam) dan para sahabat ini, maka para Imam Mazhab, para ulama yang ada ilmunya, mereka berbeza pendapat di dalam memahaminya dan menyatakan sesuatu hukum tentangnya..

Lalu kamu nak salah kat siapa sekarang ni? kat Imam Mazhab? kat ulama?

Kenapa tak salahkan Rasulullah (Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam) yang buat perbuatan berbeza beza? Kenapa Rasulullah (Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam) tak buat satu perbuatan sahaja untuk sesuatu ibadat? kan senang, tetapi kenapa Rasulullah (Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam) buat begitu? kenapa tak salahkan baginda Nabi?"

Bertambah terdiam pucat lelaki itu..

Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi menyambung lagi, "Para Imam Mazhab, para ulama yang ahlinya ini, mereka ini sebenarnya sudah memudahkan kita. Mereka telah berusaha siang dan malam mengkaji ayat al-Quran dan hadits bagi menyatakan sesuatu hukum, menyusun sesuatu ibadat itu..untuk siapa? Untuk kita, sepatutnya kita mengucapkan terima kasih kepada mereka..tetapi kita pula marah kepada mereka, kita pula salahkan mereka.."

Terdiam seketika lelaki itu, dan berkata, "ya, saya salah dalam hal ini.."

Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi berkata lagi, "Sepatutnya kamu tak boleh cakap macam tu, kamu tak faham pendapat ulama berbeza itu kerana kamu tak berusaha belajar tentangnya, kalau kamu belajar tentangnya, baru lah kamu faham betapa adanya pendapat mereka ini memudahkan kehidupan kita, perbezaan pendapat itu nampak zahirnya seperti rumit dan menyusahkan, tetapi jika kita mempelajarinya dengan betul betul, kita akan dapati perbezaan pendapat itu lagi memudahkan kita, ada gunanya dan ada hikmahnya.."

wallahua'lam..

catitan daripada Daurah hadits Kitab Sunan Tirmidzi bersama Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi di Pondok Ledang, Bandar Baru Uda, Johor Bahru semalam (6 September 2014)..

PETUA & ADAB MENYEMBELIH HAIWAN...

4 Dzulhijjah 1438H
26 Ogos 2017M

AMALAN ALMARHUM TUAN GURU HJ HASHIM
MUDIR PONDOK PASIR TUMBOH DAN TOK-TOK GURU TUKANG SEMBELIH

Memandangkan Eid Adha semakin hampir. Dikongsikan bersama antara petua & adab bagi penyembelih haiwan qurban..

1. Supaya daging tidak berlemak :-

a) Ada wudhu’ ketika sembelih binatang.
b) Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita.
c) Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya.
d) Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan.

2. Supaya daging binatang menjadi lembut :-

a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang
b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau
c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan.

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk;
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُاللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّة
َ
4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging.

5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan;
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ
Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya.

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati.
# Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras.

P/s : Jangan lupa pula adab-adab dan syarat-syarat penyembelihan yang telah ditetapkan oleh syara'..
Wallahualam...

Jumaat, 25 Ogos 2017

SENTIASALAH MEMOHON TAUBAT...

03 Dzulhijjah 1438H
25 Ogos 2017M

Terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Musa ‘alaihissalam yang meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah Subhanahu Wa Taala kemudiannya memberikan wahyu kepada Nabi Musa ‘alaihissalam.

Allah berfirman: “Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orang telah mencampakkan jenazahnya di tempat yang kotor, sedangkan dia ialah kekasih (wali) daripada kekasih-Ku, mereka tidak mahu memandikannya, mengkafankannya dan mengebumikan jenazahnya, maka pergilah engkau uruskan jenazahnya.”

Kemudian Nabi Musa ‘alaihissalam pun berangkat ke tempat tersebut. Nabi Musa ‘alaihissalam bertanya kepada orang-orang: “Beritahulah aku tempatnya.” Mereka pun bersama-sama menuju ke tempat tersebut. Ketika Nabi Musa ‘alaihissalam melihat mayatnya, orang-orang pun bercerita tentang kefasikannya. Lalu Nabi Musa ‘alaihissalam berbisik kepada Tuhan-Nya dengan berkata: “Ya Allah, Engkau memerintahkan aku untuk menguruskan mayatnya, sedangkan orang-orang telah menjadi saksi atas kejahatannya, maka Engkau lebih tahu daripada mereka.”

Kemudian Allah berfirman: “Wahai Musa, benarlah kata-kata kaummu tentang perilaku lelaki ini semasa hidup. Namun, ketika dia menghampiri ajalnya, dia memohon pertolongan dengan tiga perkara, jika semua orang yang berdosa memohon dengannya, pasti Aku akan mengampuninya dirinya demi Allah, Zat yang Maha Mengasihani.” Tanya Nabi Musa: “Ya Allah, apakah tiga perkara itu?”

Allah berfirman: “Ketika dia di ambang kematiannya,

1) Dia Benci Kemaksiatan Dalam Hati
Dia berkata: “Ya Tuhanku, Engkau tahu akan diriku, penuh dengan kemaksiatan, sedangkan aku sangat benci kepada kemaksiatan dalam hati, tetapi jiwaku terkumpul tiga sebab aku melakukan maksiat walaupun aku membencinya dalam hatiku iaitu, hawa nafsuku, teman yang jahat dan Iblis yang laknat. Inilah yang menyebabku terjatuh dalam kemaksiatan, sesungguhnya Engkau lebih tahu daripada apa yang aku ucapkan, maka ampunilah aku.”

2) Mencintai Orang Soleh
Dia berkata: “Ya Allah, Engkau tahu diriku penuh dengan kemaksiatan, dan tempat aku ialah bersama orang fasik, tetapi aku amat mengasihi orang-orang yang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka, kezuhudan mereka dan aku lebih suka duduk bersama mereka daripada bersama orang fasik. Aku benci kefasikan walau aku adalah ahli fasik.”

3) Mengharap Rahmat Allah Dan Tidak Berputus Asa
Dia berkata: “Ya Allah, jika dengan meminta untuk dimasukkan ke dalam syurga itu akan mengurangkan kerajaan-Mu, sudah pasti aku tidak akan memintanya, jika bukan Engkau yang mengasihaniku maka siapakah yag akan mengasihaniku?”

Lelaki itu kemudian berkata lagi: “Ya Allah, jika Engkau mengampuni dosa-dosaku bagai buih di pantai, maka bahagialah kekasih-kekasih-Mu, Nabi-Nabi-Mu, manakala syaitan dan Iblis akan merasa susah. Sebaliknya jika Engkau tidak mengampuniku, maka syaitan dan Iblis akan bersorak kegembiraan dan para Nabi-Mu dan kekasih-Mu akan merasa sedih. Oleh itu, ampunilah aku wahai Tuhan Pencipta Sekalian Alam, sesungguhnya Engkau tahu apa yang aku ucapkan.”

Maka, Allah pun berfirman: “Lantas Aku mengasihaninya dan Aku mengampuni segala dosanya, sesungguhnya Aku Maha Mengasihani, khusus bagi orang yang mengakui kesalahan dan dosanya di hadapan-Ku. Hamba ini telah mengakui kesalahannya, maka Aku ampuninya. Wahai Musa, lakukan apa yang Aku perintahkan, sesungguhnya Aku memberi keampunan sebab mulianya orang yang menguruskan jenazahnya dan menghadiri pengebumiannya.”

(Riwayat Wahhab bin Munabbih, Kitab Tawwabin susunan Imam Ibnu Qudamah)

————–
Kisah ini menunjukkan kita tidak boleh sama sekali berputus asa dari rahmat Allah yang amat luas walau apa jua sekali pun. Firman Allah: “Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu” (Surah Al-A’raf : 156).
Dan benarlah sabdaan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Janganlah kalian merasa kagum dengan seseorang hingga kalian dapat melihat akhir dari amalnya. Sesungguhnya ada seseorang selama beberapa waktu dari umurnya beramal dengan amal kebaikan, yang sekiranya dia meninggal pada saat itu, dia akan masuk ke dalam syurga, namun dia berubah dan beramal dengan amal keburukan.

Dan sungguh, ada seorang hamba selama beberapa waktu dari umurnya beramal dengan amal keburukan, yang sekiranya dia meninggal pada saat itu, dia akan masuk neraka, namun dia berubah dan beramal dengan amal kebaikan.

Jika Allah menginginkan kebaikan atas seorang hamba maka Dia akan membuatnya beramal sebelum kematiannya.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana Allah membuatnya beramal?” Beliau bersabda: “Memberinya taufik untuk beramal kebaikan, setelah itu Dia mewafatkannya.” (Musnad Ahmad, no. 11768)ml

Wallahu a’lam bissawab

Khamis, 24 Ogos 2017

TANGGUHLAH SOLAT.....

2 Dzulhijjah 1438H
24 Ogos 2017M

MAKA AUTOMATIK ALLAH AKAN TANGGUH SEMUA URUSANMU..

Suka lewatkan/tangguhkan solat?? Maka bersedialah DIA  akan tertangguh dalam semua urusan hidupmu.
Mungkin dari segi Rumahtaggamu, Perkahwinanmu, Kerjayamu, Zuriatmu, Kesihatanmu.

Hasan al-Basri berkata: Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu? Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu.

Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan dengan al-Falah (kejayaan)? Mana mungkin Allah memberikan kamu taufiq sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya.

Hidayah perlu dicari. Ia akan dtg bila hatimu mula mencari.
Taufiq itu perlu di dekatkan dgn diri, biar ia mudah datang kpdmu.
Begitu juga solat. Tunaikan seawal waktu yg mungkin..krn keberkatannya mudah dtg dlm hidupmu.

Rabu, 23 Ogos 2017

ber DAKWAH lah!!!

1 Dzulqaedah 1438H
23 Ogos 2017M

BAYAN MAULANA SAAD! Untuk amla-amla di Malaysia yang bilangannya menjangkau puluhan ribu yang tidak berpeluang datang ke Ijtimak alami di Tongi ini..!


W A  M A N  A H S A N U  Q A W L A N
M I N  M A N  D A ' A A  I L A L L A A H

Wa man ahsanu qawlan min man da'aa ilallaah..!
Wa man ahsanu qawlan min man da'aa ilallaah..!
Wa man ahsanu qawlan min man da'aa ilallaah..!


U L A N G I
M E M B A C A  L A G I
D A N  L A G I  L A G I  D A N  L A G I

U L A N G I
C A K A P  L A G I
D A N  L A G I  L A G I  D A N  L A G I


Pada zaman sekarang ini, banyak cara yang dilakukan manusia untuk mengembangkan agama. Tapi sudah  menjadi ketetapan Allah bahawa agama hanya akan berkembang dengan dakwah..!


Maka cara apapun yang digunakan, samada menggunakan alat-alat teknologi, agama tidak akan tersebar..! Malah yang tersebar adalah alat-alat tersebut..!


Imam Malik rah. berkata, umat ini tidak akan dibaiki selagi mereka tidak ikut cara yang dilakukan orang terdahulu..!


Para Sahabat r.hum diberikan tarbiyah dan tazkiyah dengan mengikuti sunnah Nabi saw.


Maulana Ilyas rah. berkata, kalau kita ingin sebarkan agama dengan alat-alat, maka bukan agama yang tersebar tapi alat-alat itu yang tersebar..!


Sunnah adat ialah kehidupan seharian dan Sunnah ibadat itu seperti solat, puasa, haji. Manakala Sunnah dakwah mistilah cara dakwah Nabi saw.


Ada sunnah ibadat..! Ada sunnah dakwah. Dakwah tidak akan diterima Allah kecuali mengikut sunnah Nabi saw..! Maksud kerja dakwah ialah untuk merubah yaqin..!


Maulana Ilyas rah. berkata, kalau hari ini  ada nama bagi gerakan ini, maka aku suka memberi nama gerakan 'tarikatul iman'..!


Kalau ada orang berbuat salah kepada kita kemudian minta maaf, belum tentu kita maafkan..! Tapi kalau dia datang  bawa anak kita yang terjatuh dalam kolam, maka tanpa minta maaf pun kita maafkan..!


Begitulah kita yang telah berbuat dosa kepada Allah swt..! Kita minta ampun belum tentu kita terus diampuni..!


Tapi kalau kita bawa hamba Allah yang telah tercebur dalam maksiat, maka tanpa minta ampun pun kita akan diampuni oleh Allah swt..!


Begitu gembiranya Allah swt kepada orang yang membawa orang yang jauh daripada-Nya datang kepada-Nya..!


Tempat baiki iman kata Maulana Saad ialah di masjid. Di luar masjid suasana yang merusakkan iman..! Melalui kerja dakwah kita jumpa orang dan bawa mereka ke masjid..!


Dengan cara dakwah inilah yang dilakukan oleh Abdullah bin Rawahah r.hu, Ubay bin Kaab r.hu, Abu Hurairah r.hu dan Muaz bin Jabal r.hu.


Apabila engkau melihat orang berulang-alik ke masjid, maka bersaksilah mereka benar-benar beriman..! Para Sahabat r.hum berdakwah untuk perkuat iman mereka sendiri..!


Bani Tsaqif yang telah menghalau Nabi saw akhirnya datang ke masjid. Bahkan dibuatkan khemah-khemah dalam masjid sehingga mereka melihat kehidupan Muslim..!


Orang bisik kepada Tufil r.hu, "Wahai Tufail..! Ada orang gila di Mekah..! Jangan dengar..!"


Tapi ketika Tufail memasuki Mekah dan membuka kapas yang menutupi telinganya dan mendengar bacaan Al-Quran Nabi saw, maka dia pun masuk Islam..!


Semua kegiatan umat sekarang ini perlu dihubungkan dengan masjid. Siapa berjalan ke masjid seperti dia berjalan menuju kepada Allah..!


Firman Allah swt dalam hadith qudsi, "Siapa yang datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari dan seterusnya..!"


Hari ini umat jauh dari masjid. Para Sahabat r.hum keluar membawa umat ke masjid,

"Ta'al najlis bi Rabbina saatan"

Semua orang yang buat jaula gasht, hendaknya ada fikir untuk bawa orang ke masjid.


Seorang hamba yang datang ke masjid, Allah swt begitu gembira. Bagaimana lagi gembiranya Allah pada orang yang membawa orang lain ke masjid.


Dengan dakwah bawa mereka kepada kefardhuan yang paling tinggi yakni solat. Solat ibarat kepala pada badan. Tanpa solat tidak dapat disebut sebagai  Muslim..!


Jika solat betul maka dia akan lakukan haji dengan betul, zakat dengan betul, puasa dengan betul. Jika solatnya diterima, maka seluruh amalnya akan diterima..!


Ajak solat dan ajak duduk dalam taklim fadhail agar mereka yaqin pada amal bukan yaqin pada kebendaan..!


Apabila seseorang yang duduk di rumahnya dipanggil oleh Presiden, jika dia tak datang, maka dia akan merasa bersalah..!


Dia duduk di rumahnya dan dipanggil oleh Allah tidak datang, apakah ada rasa bersalah..? Azan adalah panggilan Allah swt..!


Allahu Akbar maksudnya Allah Maha Besar yang lain kecil. Harta, pangkat, jabatan semua kecil, yang besar hanyalah Allah..!


Dua panggilan bersamaan, Presiden dan Allah, yang mana dia penuhi..? Kalau yang dia penuhi adalah panggilan Presiden, berarti dia mengatakan Allah kecil Presiden besar..!


Solatlah seperti engkau melihat aku solat..! Allah tidak akan menerima solat yang tidak betul, rukuk tidak lurus, sujud tidak betul dan lain-lain..!

RAHSIA UMMUL KITAB.....

01 Dzulhijjah 1437H
23 Ogos 2017M


1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.


FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak² permata hati kita.
Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
 Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.

Mudah-mudahan  penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah s.w.t.