Pageviews

Jumaat, 7 April 2017

IKHLAS kah Doa kita...



Kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan.
Seorang sheikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah.
Oleh kerana pemuda ini seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah! Doanya selalu dimakbulkan Allah Taala.
Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan pasti akan dimakbulkan oleh Allah.
Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.
Sampailah masa pemuda itu berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya. Selepas itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda ke masjid, dia perasan seorang syeikh tua di masjid sudah tidak kelihatan.
Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa syeikh tadi.
Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan syeikh tua tersebut telah meninggal dunia. Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, ya Allah! Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari syeikh itu mendoakan untuk kamu." Allahu Akbar!!
Sahabat/Kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus.
Kisah ini sangat terkesan di jiwa saya. Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas KEIKHLASAN DOA ORANG LAIN. Anak-anak bahagia kerana doa ibubapanya yang tidak pernah putus. Suami/isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang Ikhlas. Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh. Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu.
Allahu Allah!!
Dan kita semua selamat dari bencana mungkin masih ada lagi doa para ulama' di dunia ini.

Khamis, 6 April 2017

AKHIR ZAMAN.....

09 REJAB 1438H
6 April 2017M

DAJJAL AKAN MATI DI SYRIA???

KEUTAMAAN NEGERI SYAM DALAM HADITS SHAHIH

1. SYAM ADALAH NEGERI PARA RASUL DAN PARA NABI 

Syam adalah negara besar dizaman Rasulullah yang meliputi beberapa negeri sekarang, iaitu Palestin, Jordan, Lubnan dan Syria telah tersirat dan tersurat di dalam Quran dan Hadits Nabawi.
Salah seorang ulama Syam, Imam Izz bin Abdussalam dalam kitabnya Targibu Ahlil Islam Fi Sukna Biladisy-Syam menafsirkan kalimat bumi yang kami telah berkahi dalam surah Al-Anbiya ayat 71 dan kalimat kami berkati sekitarnya dalam surah Al-Isra Ayat 1 dengan negeri Syam, yang termasuk di dalamnya Syria.

Imam Hasan Basri dan Qotadah Sadusi menafsirkan kata bumi dalam surah Al-A'raf ayat 137 dengan bahagian timur dan bahagian barat bumi adalah Syam.

Sebahagian ulama menafsirkan keberkahan yang terdapat di negeri ini disebabkan para rasul dan para nabi. Sebahagian lain menyatakan bahwa keberkahan negeri ini dengan keberkahan buah-buahan dan sumber-sumber air yang ada. 

2. PENDUDUK SYAM SENANTIASA BERADA DIATAS HAQQ YANG DOMINAN HINGGA DATANG HARI QIAMAT.

Dalam sebuah hadits di sebutkan:

 لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق، لا يضرهم من خالفهم ولا من خذلهم حتى تقوم الساعة
قال معاذ: هم أهل الشام.)

“Sebahagian umatku ada yang selalu melaksanakan perintah Allah, tak terpengaruh orang yang menggembosi dan tidak pula orang yang berseberangan hingga datang keputusan Allah, dan mereka senantiasa dalam keadaan demikian. Mu’adz berkata: dan mereka adalah penduduk Syam.“ 
(Shahih, HR.Bukhari)

Dalam riwayat lain:

إذا فسد أهل الشام فلا خير فيكم لا تزال طائفة من أمتي منصورين لا يضرهم من خذلهم حتى تقوم الساعة

“Jika penduduk Syam rosak agamanya maka tak tersisa kebaikan di tengah kalian. Akan selalu ada satu kelompok dari umatku yang dimenangkan oleh Allah, tak terpengaruh orang yang menggembosi dan tidak pula orang yang berseberangan hingga datang hari Kiamat." 
(Shahih, HR Tirmidzi (2192), beliau berkata: Hadits Hasan Shahih, di shahihkan oleh Syeikh Al-Albani) 

3. DOA NABI SAW MEMINTA BAROKAH UNTUK NEGERI SYAM, DAN HARAPAN NABI SAW AGAR PENDUDUKNYA DIHINDARKAN DARI KEBURUKAN DAN MUSIBAH. 

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 

اللهم بارك لنا في شامنا وبارك لنا في يمننا قالوا وفي نجدنا قال اللهم بارك لنا في شامنا وبارك لنا في يمننا قالوا وفي نجدنا قال هناك الزلازل والفتن وبها أو قال منها يخرج قرن الشيطان 

Ya Allah, berilah kami barokah pada negeri Syam, ya Allah berilah kami barokah pada negeri Yaman. Para sahabat bertanya: termasuk Nejed ? Rasulullah berdoa: Ya Allah berilah kami barokah pada negeri Syam, ya Allah berilah kami barokah pada negeri Yaman. 

Para sahabat masih bertanya: termasuk Nejed ? Rasulullah saw menjawab: Di sana (nejed) terjadi gempa dan huru-hara, dan di sana muncul dua tanduk syaitan.
 (Shahih, HR. Bukhari no. 1037, 7094, Tirmidzi (3953), Ahmad (2/90, 118), As-Shahihah (5246))

Catatan: yang dimaksud dengan Nejed dalam hadits ini adalah Iraq.

4. PENDUDUK SYAM DIUJI OLEH ALLAH DENGAN PENYAKIT THO'UN (PENYAKIT WABAK) AGAR MENDAPAT SYAHADAH DAN RAHMAT. 

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

 " أَتَانِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلامُ بِالْحُمَّى وَالطَّاعُونِ ، فَأَمْسَكْتُ الْحُمَّى بِالْمَدِينَةِ ، وَأَرْسَلْتُ الطَّاعُونَ إِلَى الشَّامِ ، فَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ زَادَ أَحْمَدُ لِأُمَّتِي ، وَقالا : رَحْمَةٌ لَهُمْ ، وَرِجْسٌ عَلَى الْكَافِرِ "

“Jibril datang kepadaku dengan membawa demam dan Tho'un, aku menahan demam di Madinah dan aku lepaskan Tho'un untuk negeri Syam, kerana orang yang meninggal kerana Tho'un merupakan mati syahid bagi umatku, rahmat bagi mereka, sekaligus kehinaan bagi kaum kafir.” 
(Shahih, HR. Imam Ahmad, Thabrani, di shahihkan oleh imam Al-Haitsami dalam Majma' Zawa'id (3853))

5. NEGERI SYAM DINAUNGI SAYAP MALAIKAT RAHMAT.

Diriwayatkan oleh Shahabat mulia Zaid bin Tsabit radhiallahu’anhu, dia berkata: ’Kami bersama Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam sedang menulis Al-Qur’an dari pelepah kayu, kemudian Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda: 

طُوبَى لِلشَّامِ. فَقُلْنَا : لأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : لأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا

“Kebaikan pada negeri Syam.' Kami bertanya, 'Mengapa wahai Rasulullah?' Beliau bersabda: 'Kerana Malaikat rahmah (pembawa kebaikan) mengembangkan sayap di atasnya.”

(Shahih, HR. Tirmizi, no. 3954, Ahmad, 35/483. Dishahihkan oleh imam Al-Arna'ut, Al-Albany, dll. (As-Silsilah As-Shahihah no. 503)

6. SYAM ADALAH NEGERI IMAN DAN ISLAM SAAT TERJADI HURU-HARA DAN PEPERANGAN YANG DAHSYAT. 

Dalam hadits shahih di sebutkan: 

(إني رأيت كأن عمود الكتاب انتزع من تحت وسادتي فأتبعته بصري فإذا هو نور ساطع عمد به إلى الشام ألا وإن الإيمان إذا وقعت الفتن بالشام )
رواه الطبراني في الكبير والأوسط والحاكم وقال صحيح على شرطهما 
ورواه أحمد من حديث عمرو بن العاص  (صحيح / صحيح الترغيب والترهيب
  
“Aku bermimpi melihat tiang kitab (Islam) ditarik dari bawah bantalku, aku ikuti pandanganku, ternyata ia adalah cahaya sangat terang hingga aku mengira akan mencabut penglihatanku, lalu diarahkan tiang cahaya itu ke Syam, dan aku lihat bahwa bila fitnah (konflik) terjadi maka iman terletak di negeri Syam.” 
(Shahih, Al-Hakim (4/509), Abu Nu'aim dalam Hilyah (5/252), di shahihkan oleh imam Al-Hakim, Al-Haitsami dan Al-Albani (Majma' Zawa'id (10/59))

7. SYAM MERUPAKAN PUSAT NEGERI ISLAM DI AKHIR ZAMAN. 

Dalam hadits di sebutkan: 

كنت جالسا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقال رجل : يا رسول الله ! أذال الناس الخيل ، ووضعوا السلاح ، وقالوا : لا جهاد ! قد وضعت الحرب أوزارها ! قأقبل رسول الله صلى الله عليه وسلم بوجهه ، وقال : كذبوا الآن ، الآن جاء القتال ، ولا يزال من أمتي أمة ، يقاتلون على الحق ، ويزيغ الله لهم ، قلوب أقوام ، ويرزقهم منهم ، حتى تقوم الساعة ، وحتى يأتي وعد الله ، والخيل معقود في نواصيها الخير إلى يوم القيامة ، وهو يوحي إلي أني مقبوض غير ملبث ، وأنتم تتبعوني أفنادا ، يضرب بعضكم رقاب بعض ، وعقر دار المؤمنين الشام

“Salamah bin Nufail berkata: aku duduk bersama Rasulullah, Maka saat itu ada seseorang yang berkata kepada Nabi: Wahai Rasulullah, aku bosan merawat kuda perang, aku meletakkan senjataku dan perang telah ditinggalkan para pengusungnya, tak ada lagi perang. Nabi saw menjawab: 

Sekarang telah tiba saat berperang, akan selalu ada satu kelompok di tengah umatku yang unggul melawan musuh-musuhnya, Allah sesatkan hati-hati banyak kalangan untuk kemudian kelompok tersebut memerangi mereka, dan Allah akan memberi rezeki dari mereka (berupa ghanimah) hingga datang keputusan Allah (Kiamat) dan mereka akan selalu demikian adanya. Ketahuilah, pusat negeri Islam adalah Syam. Kuda perang terpasang tali kekang di kepalanya (siap perang), dan itu membawa kebaikan hingga datangnya Kiamat.” 
(Shahih, HR. imam An-Nasa'i, di shahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Shahih Sunan An-Nasa'i (3563))

8. SYAM MERUPAKAN BENTENG UMAT ISLAM SAAT TERJADINYA MALHAMAH KUBRO ( PERANG DAHSYAT AKHIR ZAMAN). 

Dalam sebuah hadits: 

عن عوف بن مالك رضي الله عنه قال: أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو في بناء له ، فسلمت عليه . فقال: عوف قلت: نعم يا رسول الله! قال: ( ادخل ) فقلت: كلي أو بعضي ؟ قال: ( بل كلك ) قال: فقال لي: ( اعدد عوف! ستا بين يدي الساعة ؛ أولهن موتي ) ، قال: فاستبكيت حتى جعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يسكتني . قال: ( قل: إحدى . والثانية فتح بيت المقدس ، قل اثنين . والثالثة فتنة تكون في أمتي وعظمها . والرابعة موتان يقع في أمتي يأخذهم كقعاص الغنم . والخامسة يفيض المال فيكم فيضاً حتى إن الرجل ليعطي المائة دينار فيظل يسخطها ، قل خمساً . والسادسة هدنة تكون بينكم وبين بني الأصفر يسيرون إليكم على ثمانين راية ، تحت كل راية اثنا عشر ألفا ، فسطاط المسلمين يومئذ في أرض يقال لها: الغوطة ، فيها مدينة و يقال لها: دمشق  

صحيح / فضائل الشام ودمشق 

“Auf bin Malik al-Asyja’iy berkata: Aku menemui Nabi saw lalu aku ucapkan salam. Nabi saw: Auf ? 
Aku: Ya, benar. 
Nabi saw: Masuklah. 
Aku: Semua atau aku sendiri? 
Nabi saw: Masuklah semua. Nabi saw: Wahai Auf, hitung ada enam tanda Kiamat.  

Pertama, kematianku. 
Aku: Kalimat Nabi saw ini membuatku menangis sehingga Nabi saw memujukku untuk diam. 

Aku lalu menghitung: satu. 
Nabi saw: Penaklukan Baitul Maqdis. 

Aku: Dua.
Nabi saw: Kematian yang akan meragut umatku dengan cepat seperti wabah kematian kambing (wabak Tho'un). 

Aku: Tiga. 
Nabi saw: Konflik dahsyat yang menimpa umatku. 

Aku: Empat.
Nabi saw: Harta membumbung tinggi nilainya hingga seseorang diberi 100 dinar masih belum puas. 

Aku: Lima. 
Nabi saw: 'Terjadi perang antara kalian dengan Bani Ashfar (bangsa pirang), lalu mereka mendukung kalian dengan 80 tujuan.

Aku: Apa maksud tujuan? Nabi saw: Maksudnya 'panji'. Pada tiap panji terdiri dari 12,000 prajurit. Benteng umat Islam saat itu di wilayah yang disebut Ghouthoh, daerah sekitar kota Damaskus (Damsyik).” 
(Shahih, HR. Imam Ahmad, di shahihkan oleh Ahmad Syakir dan Al-Arna'ut)

Catatan: Daerah bernama Ghouthoh masih ada hingga kini, tidak berubah namanya, dan letaknya memang dekat Damaskus (Damsyik).

9. PASUKAN TERBAIK DIAKHIR ZAMAN ADA DI SYAM DAN ALLAH MENJAMIN KEMENANGAN MEREKA.

Dalam Hadits Shahih: 

"" سيصير الأمر إلى أن تكونوا جنودا مجندة ، جند بالشام وجند باليمن وجند بالعراق "" قال ابن حوالة: خر لي يارسول الله إن أدركت ذلك ، فقال: "" عليك بالشام فإنها خيرة الله من أرضه ، يجتبى إليها خيرته من عباده ، فأما إن أبيتم فعليكم بيمنكم ، واسقوا من غُدُركم ( الغدر: بضم الغين وضم الدال جمع غدير ) ، فإن الله توكل لي بالشام وأهله "

“Pada akhirnya umat Islam akan menjadi pasukan perang: satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman, dan satu pasukan lagi di Iraq. Ibnu Hawalah bertanya: Wahai Rasulullah, pilihkan untukku jika aku mengalaminya. Nabi saw: Hendaklah kalian memilih Syam, kerana ia adalah negeri pilihan Allah, yang Allah kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya, jika tidak, hendaklah kalian memilih Yaman dan berilah minum (haiwan kalian) dari kolam-kolam (di lembahnya), kerana Allah menjamin untukku negeri Syam dan penduduknya.”
 (Shahih, HR. Abu Dawud (2483) Imam Ahmad (4/110) Al-Hakim, dan Ibnu Hibban, di shahihkan oleh Al-Hakim dan Al-Albani).

10. SYAM MENJADI TEMPAT TURUNNYA NABI ISA AS DIAKHIR ZAMAN. 

Tepatnya di Kota Damaskus (Damsyik), Wilayah Syam, Nabi Isa akan turun disana, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam:

وإن عيسى نازل فإذا رأيتموه فاعرفوه رجل مربوع على الحمرة والبياض ينزل بين ممصرتين كأن رأسه يقطر وإن لم يصبه بلل)) 

 “Nabi Isa as akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.” 
(Shahih, HR Muslim)

11. KEMATIAN DAJJAL TERJADI DI BUMI SYAM.

ٍSabda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam: 

 يأتي المسيح الدجال من قبل المشرق وهمته المدينة حتى ينزل دائر أحد - يعني: قريباً من جبل أحد - ثم تصرف الملائكة وجهه قبل الشام } 

“Al-Masih Dajjal akan datang dari arah timur, ia menuju Madinah, hingga berada di balik Uhud, ia disambut oleh malaikat, maka malaikat membelokkan arahnya ke Syam, di sana ia dibinasakan, di sana dibinasakan.” 
(Shahih, HR. Imam Ahmad, di shahihkan oleh Ahmad Syakir, Al-Arna'ut, dll)

Dalam hadits Shahih: 

العرب ‏ هم يومئذ قليل وأكثرهم‏ ‏ببيت المقدس ‏ ‏وإمامهم رجل صالح فبينما إمامهم قد تقدم ‏ ‏يصلي بهم الصبح إذ نزل عليهم ‏ ‏عيسى بن مريم ‏ ‏فيرجع ذلك الإمام ينكص‏ ‏ليتقدم ‏ ‏عيسى ‏ ‏يصلي بالناس فيضع ‏ ‏عيسى ‏ ‏يده بين كتفيه ثم يقول له : (تقدم فصل فإنها لك أقيمت)‏ ‏فيصلي بهم إمامهم وبعدها يقول‏ ‏عيسى ‏ ‏ ‏ : (‏افتحوا الباب) فيفتح ووراءه الدجال، وليقوم بتتبع الدجال الذي يفر منه ويذوب مثل الملح ما أن يراه، ويقول ‏ ‏عيسى ‏ ‏ ‏: (‏إن لي فيك ضربة لن تسبقني بها) فيدركه عند (باب ‏ ‏اللد ‏ ‏الشرقي) فيقتله

“Jumlah orang arab (kaum muslimin) pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis (Palestin, wilayah Syam) menjumpai Imam mereka, seorang lelaki yang sholeh Imam Mahdi.

“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami sholat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa as. Imam mereka itu berundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa as untuk mengimami sholat Subuh itu tetapi Isa as sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqomat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai sholat, Isa as berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajjal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. ”Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu,
Dajjal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajjal itu lari lintang-pukang kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajjal itu.  (Shahih, HR Ahmad, di shahihkan oleh Syeikh Syu'aib Al-Arna'ut, dll) 

12. SYAM ADALAH NEGERI TITIK TEMU DAN TITIK TOLAK. 

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

( إنكم تحشرون رجالا و ركبانا و تجرون على وجوهكم هاهنا - و أومأ بيده نحو الشام ) رواه أحمد والترمذي والحاكم صحيح / صحيح الجامع الصغير

“Kalian akan dikumpulkan di sana, tangannya menunjuk ke Syam. jalan kaki atau naik kenderaan maupun berjalan terbalik (kepala di bawah) “(Shahih, HR. Ahmad, Tirmidzi, Al-Hakim, di shahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam "Al-Jami' As-Shaghir)

Dalam riwayat yang lain: 

 ستخرج نار قبل يوم القيامة من بحر حضر موت ، تحشر الناس ، قالوا: يا رسول الله ! فما تأمرنا ؟ قال: عليكم بالشام . ) رواه الترمذي
 Artinya: 
"Akan keluar api besar pada akhir zaman dari arah Hadhramaut, api tersebut akan menggiring manusia) lalu kami bertanya: apa yang engkau perintahkan jika kami ada saat itu wahai Rasulullah?, 
Maka beliau bersabda: "Hendaklah kalian berada di Syam." 
(Shahih, HR Tirmidzi, di shahihkan oleh Al-Albani)

Maraji' : "Fadha'ilus Syam Wa Ahlihi" Karya Abu Hamzah Al-Gharib, dll.

Rabu, 5 April 2017

Ayat Mencari Barang Hilang

08 REJAB 1438H
5 April 2017M

Sebuah ayat yang sangat manjur dan sudah dibuktikan oleh banyak orang. Cukup dibaca berulang-ulang saat proses pencarian, maka tidak terasa seperti diberi petunjuk kemana harus mencari. Berikut ini bacaan ayat untuk mencari barang yang hilang :


Artinya :

“Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”  [QS. Al An’am (6) ayat 103]

Selasa, 4 April 2017

DAYUS kah KAU....???

07 REJAB 1438H
04 April 2017M

Lelaki menjadi dayus apabila :- 

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain selama mereka bekerja atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya pulang lewat, serta tidak diketahui bersama siapa, serta apa yang dibuatnya ketika dia bekerja.

3. Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terdedah (terselak kain) ketika menaiki apa jua kenderaan.

4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahramnya di rumah. Kononnya, ibu bapa mereka sporting dan memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang menjolok mata di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuan menyertai akademi hiburan yang boleh mempamerkan kecantikan mereka kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon, nafsu seorang lelaki itu akan hilang? Tidak sekali-sekali!

9.  Membiarkan isteri bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahan kan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Isnin, 3 April 2017

MUKJIZAT ASMA HUSNA...

06 REJAB 1438H
03 April 2017


PENYEMBUHAN BADAN MELALUI Asmaul Husna
Ia telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asma ul Husna, nama yang baik kepada Allah (SWT) mempunyai kuasa penyembuhan untuk sejumlah besar penyakit.

Dia menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yg tertentu. Beliau mendapati bahawa sebutan (membaca) dengan nama-nama Allah (SWT) membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut:
Kaedah rawatan: Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh Insyallah. 01. Ya
Sami' - Telinga

02. Ya Nafi' - Tulang

03. Ya Jabbar - Tulang Belakang

04. Ya Rauf (The Clement) - Lutut

05. Ya Badi' (Pencipta) - Rambut

06. Ya Nur (Cahaya) - Jantung

07. Ya Qawi (Maha Kuat) - Otot

08. Ya Wahhab - Gelombang Jantung

09. Ya Razaqq - Jantung otot

10. Ya Mughni - Saraf

11. Ya Jabbar - Arteri


12. Ya Razaqq - Perut

13. Ya Jalil (The Mighty) - Kanser

14. Ya Jabbar - Tiroid

15. Ya Rafi (The Exalter) - Thigh

16. Ya Ghani (The Rich One) - Migrain
17. Ya Muta'ali - Mata Arteri

18. Ya Hayy - Buah Pinggang

19. Ya Rauf (The Clement) Colon
20. Ya Razzaq - Usus

21. Ya Nafi' - Hati

22. Ya Bari - Pankreas
23. Ya Nafi' - Lemak Sacks

24. Ya Khaliq (Pencipta) - Rahim
25. Ya Hadi (Panduan) - Pundi Kencing
26. Ya Muhaymin (The Guardian) - Reumatik
27. Ya Rashid - Prostat


28. Ya Zahir - Saraf Mata

29.
Ya Hadi - Kelenjar pineal

30. Ya Khafed - Tekanan Darah

31. Ya Razzaq - Paru-paru

32. Ya Qawi - Thymus Kelenjar

33. Ya Bari - Kelenjar atas Buah Pinggang

34. Ya Jalil (The Mighty) - Rambut Peel
35. Ya Latif, Al Ghani, Al Raheem - Rongga Hidung
36. Ya Nur, Al Basir, Al Wahhab - Mata C&P, * semoga bermanfaat buat kita semua.. Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj

Sabtu, 1 April 2017

ADAKAH SUNNAH MENYAPU MUKA...

SOAL MENYAPU MUKA SEUSAI SOLAT Soalan: "Apakah dibolehkan menyapu muka dengan tangan kanan selepas kita memberi salam?" Jawapan: Syaikh Daud bin 'Abdullah al-Fathoni, menyebut dalam kitabnya "Munyatul Musholli" halaman 18, antara lain berkata: "...Adapun sunnat yang dikerjakan kemudian daripada sembahyang, maka adalah Nabi ﷺ apabila selesai daripada sembahyang menyapu dengan tangan-nya di atas kepala-nya dan dibaca-nya: "Dengan Nama ALlāh yang tiada tuhan selain Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya ALlāh, hilangkanlah daripada-ku segala kebingungan (stress) dan kedukaan." ( بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم. اللهم اذهب عني الهم و الحزن ) Jawapan : Ibnus Sunni dalam "'Amalul Yawm wal Lailah" halaman 35, yang meriwayatkan bahawa Sayyidina Anas ibn Malik radhiyāLlāhu 'anhu. berkata:- كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ثم قال: أشهد أن لاإله إلا الله الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الهم و الحزن Adalah Junjungan RasūluLlāh ﷺ apabila selesai daripada solat, Baginda ﷺ menyapu dahi-nya dengan tangan kanan sambil mengucapkan: "Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang disembah selain ALlāh Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya ALlāh, hilangkanlah daripada-ku segala keresahan dan kedukaan." Jawapan : Dalam "Bughyatul Mustarsyidin", kitab masyhur himpunan Sayyid 'Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin 'Umar Ba 'Alawi, Mufti negeri-negeri Hadhramaut, pada halaman 49 dinyatakan: (Faedah) Ibnu Manshur telah meriwayatkan bahawasanya adalah Junjungan Nabi ﷺ apabila selesai solat-nya, Baginda ﷺ menyapu dahi-nya dengan tapak tangan kanan-nya, kemudian melalukannya ke wajah Baginda ﷺ sehingga sampai ke janggut Baginda ﷺ yang mulia, sambil membaca: بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب و الشهادة الرحمن الرحيم اللهم أذهب عني الهم و الحزن و الغم اللهم بحمدك انصرفت و بذنبي اعترفت أعوذ بك من شر ما اقترفت و أعوذ بك من جهد بلاء الدنيا و عذاب الآخرة "Dengan nama ALlāh yang tiada Tuhan selain-Nya, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Maha Pemurah, Maha Pengasih. Ya ALlāh, hilangkanlah daripadaku segala keresahan, kesedihan dan kekesalan. Ya ALlāh, dengan pujian-Mu aku berpaling dan dengan dosa-ku aku mengaku. Aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan apa yang aku lakukan dan aku berlindung dengan-Mu dari kepayahan bala` dunia dan azab akhirat." SELAMAT BERAMAL DENGAN APA YANG DINUKILKAN OLEH ULAMA'-ULAMA KITA YANG MEREKA ITU LEBIH LAGI MEMAHAMI TENTANG SESUATU HADITH DARIPADA KITA SEMUA. BAGI YANG TIDAK MAHU MENGAMALKANNYA, TIDAK MENGAPA DAN TIDAK BERDOSA. Ustaz Mohd Hanif Bin Mohd Salleh.