Pageviews

Rabu, 24 Oktober 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Eidul Adha 1433

08 Dzulqaedah 1433..

Esok bermulanya kehadiran berjuta-juta umat Islam ke Arafah untuk menunaikan rukun haji yang kedua tetapi yang paling utama dari rukun-rukun haji. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan: "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan).

Bagi kita yang tidak dapat pergi untuk tahun ini perlulah menghayati akan detik-detik istimewa tersebut. Menghayati akan sirah perjuangan Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabat dalam memperjuangkan Islam & permulaan Rasulullah pergi untuk menunaikan haji. Waktu wukuf itu , apabila tiba 8 atau 9 Dzulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah sekalian jemaah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zohor pada 9 Dzulhijjah hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Dzulhijjah tetapi tidak semestinya kita perlu berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana cukuplah sekadar berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa tersebut. Masa yang paling afdhal adalah sebahagian dari hari ke9 dan sebahagian malam ke10. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang ke10 Dzulhijjah maka dapatlah mereka haji itu".

Hari Arafah adalah merupakan hari yang mempunyai keistimewaannya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa sunat pada hari tersebut. Hadirnya cuma setahun sekali ini janganlah kita mensia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir, berdoa, memohon kemapunan kepada Allah. Antara hadis-hadis tentang berpuasa pada hari Arafah untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah SAW telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Baginda SAW: Dikaffarah (diampunkan dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR:Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata: "Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah". (HR:Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)


Korban pula dari segi bahasa adalah nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Ia juga dinamakan sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha. 
Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Dari segi Syarak pula ialah menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Ke2 Hijrah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj: 36-37)

Rasulullah SAW bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari akhirat nanti akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR: Tirmidzi dan Ibn Majah)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah SAW menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR: Ahmad dan Ibn Majah)

Jika dari koteks yang luas, korban bukan sahaja mengorbankan binatang ternakan, tetapi korban itu definasinya cukup luas. Dengan pengorbanan seorang ibu kpd anaknya untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Pengorbanan seorang suami menyerahkan sepanjang umurnya dalam membantu isterinya yang lumpuh. Pengorbanan tentera dalam memperjuangan tanahair dari diserang musuh. Pengorbanan seorang abang dalam membiayai persekolahan adik-adiknya. Pengorbanan majikan dalam merealisasikan syarikatnya agar terus makmur.

Cukup banyak pengorbanan yang kita lihat, samada yang kita nampak ataupun tidak. Jadi jika korbannya itu hanya kerana Allah semata-mata, maka setiap titik peluh, usahanya pasti diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah.

"Labbaikallahummalabbaik..~
Labbaikala shari kalakalabbaik..~
Innalhamda walnikmata lakawalmulk..
Laa shari kalak..."

Maksudnya:

"Aku sambut seruan-Mu ya Ilahi,
Aku sambut seruan-Mu. Aku sambut seruan-Mu,
tiada sekutu bagi-Mu, aku sambut seruan-Mu.
Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu."

Menjelang Eidul Adha yang tidak lama lagi, saya menyusun 10jari memohon ampun & maaf jika ada kekhilafan & kesalahan yang dilakukan samada sengaja atau tidak kepada pembaca-pembaca blog saya. Terima kasih atas sokongan anda semua. Moga Eid Adha ini memberikan kita sesuatu yang indah (diampunkan Allah akan dosa2 kita semua).

Selamat pulang ke kampung halaman. Semoga anda semua selamat sepanjang perjalanan pergi & kembali. Barkallahu Fikum..


Sabtu, 20 Oktober 2012

Terra Rossa - Kehendaknya

DzulQaedah 1433...sudah di penghujungnya

04 Dzulqaedah 1433.

Tinggal lagi lebih kurang 25hari 1433 akan meninggalkan kita. 1433 penuh dengan sejarahnya tersendiri. Sejarah yang terlakar samada penuh dengan dosa @pun amal taqwa. Hanya diri yang tahu akan nya. Tepuk dada, tanyalah iman.

Dzulqaedah adalah bulan haram yang ke4 dalam kalender Islam. Bulan yang diharamkan untuk berperang, bermusuhan, marah, dengki & apajua yang boleh menyebabkan emosi meledak. Jika dihayati akan sejarah bulan Dzulqaedah ini, pasti jiwa lebih tenang.. Sejarah akan Rasulullah SAW bersama sahabat ingin menunaikan haji. Haji yang pertama & terakhir bagi Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Perjanjian Hudaibiyah yang Nabi SAW meterai bersama pembesar2 Quraisy. Perjalanan merentasi padang pasir dari Madinah menuju ke Mekah..penuh onak & duri. Segalanya ditempuh oleh Rasulullah SAW dengan penuh sabar & istiqomah.

Misi & visi terus terjana. Kehadiran Muharam 1434 dinanti dengan penuh debaran. Hajat yang dipinta ketika 1433 ada yang dimakbul & masih banyak yang belum. Diri masih lagi belum cukup pasrah & berusaha. Misi untuk 1434 ini akan kembali lagi untuk terus jana & jana. Moga impaknya akan terkesan juga nanti.

Jika ada yang kelapangaan masa & rezeki, sudilah kiranya dapat hadirkan diri untuk bersama kami dalam masjlis ilmiah. Agar ada sesuatu buat anda diluar sana disaat tibanya Muharam 1434 nanti.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151087924116845&set=pb.162891421844.-2207520000.1350719487&type=1&theater